If  You Love Me...
- Orang yang mencintai kamu tidak  pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu  di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
 
- Walaupun  kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!  Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
 
- Orang  yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan  matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat  badan kamu sudah bertambah.
 
- Orang  yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui  sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
 
- Orang  yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,  ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak  membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan  cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”,  tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
 
- Jika  kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang  kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan  selamat atau mengirim SMS.
 
- Orang  yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia  lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah  melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan  saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa  berulang selalu.
 
- Orang  yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu  ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah  mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa  banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya  kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
 
- Orang  yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,  bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa  kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati  kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
 
- Orang  yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin  buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat  istimewa.
 
- Orang  yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di  telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu  dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
 
- Orang  yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin  menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
 
- Jika  suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa  memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh  membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar  takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
 
- Orang  yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti  seorang kekasih.
 
- Orang  yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal  yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan  tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan  melakukannya lagi.
 
- Jika  kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar  walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu  gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari  menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
 
- Kalau  kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian  besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu  kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan  surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi  benda-benda berharga buatnya.
 
- Dan  jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi  menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,  walaupun hal itu membunuh hatinya.
 
- Jika  suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan  ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.  Dia sentiasa menunggu kamu.
 
- Orang  yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan  alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak  mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia  pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu  cinta.
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment