Tuesday 29 March 2011

Klakar gile kot !

Sembahyang !
Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"


Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "?...?...?...?...?...?

No comments:

Post a Comment